Assalamualaikum..ini hari me ada baca buku kaunseling..hukhukhuk...me jumpa dalam almari mama me hihihi...okai me akan cerita kan apa yang ada dalam buku 2 okai..
Remaja mengalami banyak perubahan yang mendadak dalam idup mereka..perubahan ini meliputi aspek emosi gan aspe fizikal mereka...keadaan ini menjadikan jiwa remaja tidak menentu..akibatnya remaja sering dilanda badai konflik dalam diri mereka...konflik dalaman ini mempengaruhi tingkah laku remaja..
REMAJA WANITA DAN CINTA
Mulanya bertentangan mata
lantas saling tersenyum
kata berbalas kata
memadu janji
kemudian bertemu
itula cinta yg di gambarkan oleh Syauqi Bey, sasterawan Mesir dalam rangkap puisinya..adakah kamu tahu apakah definisi cinta,...??..cinta merupakan anugerah Tuhan yang paling agung dan paling murni jika manusia dapat menilai kesuciannya...cinta itu fitrah!..cinta melahirkan sejenis kebahagian bersama..bukan tuntutan tetapi kerelaan bersama, bukan meminta tetapi memberi keikhlasan. cinta adalah saling menghulurkan hati budi masing-masing..cinta yang sihat dan utuh adalah cinta berdasarkan kasih sayang..cinta utuh ini selalunya lahir daripada sikap kasih yang berpunca dari rasa kasihan seterusnya membentuk perasaan sayang..cinta berdasarkan kasih sayang inilah yang akan berkekakalan...
sini ada 1 situasi :
seorang gadis berumur 17 tahun sangat meminati seorang teruna yang sering kali melintasi hadapan rumahnya menuju ke tempat kerja.perasaan minat ini telah dipupuk setiap hari sehingga menimbulkan perasaan cinta. Istilah para remaja kepada masalah ini ialah 'syok sendiri'.
gadis ini tidak dapat mengawal perasaannya hingga terdorong untuk meluahkannya kepada lelaki tersebut..malang sekali, cintanya tidak berbalas.. keadaan ini amat mengecewakannya..jadi, untuk mengubati hatinya yang terguris, gadis ini telah mengalihkan perhatian daripada penjual burger itu..perasaan ingin dibelai begitu kuat sehingga gadis ini berjaya ditiduri oleh pemuda itu. akhirnya gadis ini mendapati dirinya mengandung dan dia mula resah...keresahannya semakin memuncak kerana pemuda itu telah menghilang diri..untuk menutup malu...keluargannya telah membawa dia ke sebuah perkampungan terpencil. di sana dia melahirkan seorang bayi yang kemudiannya diserahkan kepada satu keluarga yang tidak dapat dikesani...peristiwa ini menyebabkan mental gadis itu terganggu dan akhirnya dia menjadi tidak siuman...
situasi tersebut telah mengambarkan bahawa kekuatan kawalan emosi remaja wanita amat lemah...perasan mereka terumbang-ambing seperti sabut di tengah lautan..
REMAJA DAN CEMBURU
sesuatu tindakan atau sikap yang dikatakan matang adalah hasil bersama antara fikiran (kognitif) dan perasaan (afektif)..ini sering kali tidak berlaku pada golongan remaja..tindakan mereka banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh perasaan..puncanya ialah mereka mengalami perubahan mendadak dalam segala aspek kehidupan terutamanya perubahan fizikal...
situasi 2:
dua orang mahasiswa..Min dan Yati, berkawan rapat dan sering terlibat dalam beberapa aktiviti bersama...persefahaman mereka begitu tinggi dan mereka sering berkongsi pendapat, perasaan mahupun masalah...malah tiada rahsia di antara mereka berdua kerana mereka saling mempercayai serta mengenali hati budi masing-masing..Min telah dilantik memegang satu jawatan penting oleh pihak asrama bagi mengendalikan Hari Keluarga..dengan perlantikan itu masa lapangnya terhad dan keadaan ini memberi kesan negatif ke atas persahabatannya dengan Yati..mereka tidak lagi keluar makan bersama-sama, malahan tidak berpeluang untuk berbual-bual disebabkan kesibukan kerjaya yang di tanggung oleh Min...Yati mula menjauhkan dirinya daripada Min kerana merasakan dirinya tidak diperlukan lagi...Min menyedari dan memahami perasaan Yati tetapi tidak berupaya untuk melayani perasaannya ketika itu..
cemburu adalah satu perasaan tidak selesa apabila kita diketepikan oleh orang yang kita sayangi atau sukai...kita berasa takut kehilangannya atau merasakan lebih berminat kepada orang ketiga...
-->
No comments:
Post a Comment