
Lazimnya seseorang itu membuat keputusan mengenai kerjaya selepas mengambil kira beberapa isu serta mendapat maklumat dan bantuan daripada orang lain...proses ini mengambil masa yang agak lama, mungkin untuk beberapa minggu atau bulan..pun begitu, kerjaya yang telah dipilih sering kali berubah, mungkin disebabkan pengaruh orang lain atau diri sendri yang tidak pasti dengan pilihan yang telah dibuat..REMAJA khususnya, tidak dapat lari dari dilema memilih kerjaya..kadangkala merekagembiradengan pilihan pertama tetapi perancangan rapi tentang masa depan, mereka menjadi keliru serta tidak pasti dengan pilihan tersebut...bermula dari sinilah beberapa alternatif dititikberatkan kerana mereka tidak mahu kerugian danketinggalan sama ada dalam pengajian atau kerjaya yang bakal diterokai..
banyak pengaruh yang menentukan kerjaya remaja..KELUARGA contohnya, mempunyai jangkaan dan harapan tersendiri yang kadangkala memberi tekanan kepada anak remaja untuk memilih kerjaya..di samping itu, kemampuan dan nilai yang dipegang oleh remaja sendiri sedikit sebanyak menjadi faktor utama mendorong mereka membuat keputusan untuk kerjaya masa hadapan...konflik mungkin wujud apabila kerjaya yang diceburi tidak selari dengan kemampuan dan nilai yang dipegang...dengan itu, banyaklah berlaku pertukaran bidang pegajian atau aliran pengkhususan..
situasi 1:
B merupakan pelajar undang-undang dan pencapaian akademiknya adalah sederhana..sesungguhnya b meminati bidang ini, begitu dengan kedua-dua ibu bapanya yang amat mengharap agar B dapat menjawat jawatan peguam yang berkaliber..setelah menjalani beberapa kursus undang-undang, khususnya latihan praktikal, B hilang keyakinan untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang ini kerana dirasakan bercanggah dengan nilai yang dipegangnya...B tidak gemar mempraktikkan konsep menang-kalah..baginya, seorang peguam prlu sama ada menang atau kalah dalam mengendalikan sesuatu kes....di samping itu, B kurang senang apabila mempertahankan klien yang sememangnya diketahui bersalah atau melakukan penyelewengan..keadan ini memberi tekanan kepada B dan seterusnya dia berada dalam dilema untuk menruskan pengajiannya dalam bidang undang-undang yang akhirnya menjadi penentu kerjaya masa depannya..
p/s: memilih pekerjaan mengikut kesesuaian anda...peace no war..
No comments:
Post a Comment